SEJARAH  SEKOLAH



Sekolah Kebangsaan Parit Bingan terletak di Kampung Parit Bingan,
Parit Raja, Batu Pahat. Johor, kira-kira 35 km. dari bandar Batu Pahat.

Sekolah mula ini dibuka pada 25 September 1958 dengan murid seramai  64 0rang di bawah  kepimpinan seorang guru bernama En. Mohd Salleh Bin Arshad. Ketika itu hanya terdapat sebuah sbangunan sekolah yang berukuran 24m X 7 m.

Pada awal tahun 1959, bilangan murid bertambah melebihi 100 orang murid dam masih di bawah kepimpinan seorang guru.

Pada awal tahun 1960, penduduk kampung bergotong-royong memindahkan kedudukan bangunan sekolah menjadikannya selari dengan jalanraya  utama.

Pada 10 Januari  1960, dua orang guru sementara mula bertugas di sekolah ini. Pada tarikh ini juga sekolah ini mula berlantaikan simen yang diusahakan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Pada 23 Disember 1960, sebuah bangunan sekolah tambahan telah dibuat.

Pada 1 Mac 1962, jumlah murid telah bertambah kepada 135 orang. Ketika ini seramai
7 orang guru mengajar di sini. Bilangan kelas juga bertambahmenjadi enam kelas   dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Guru  Agama yang pertama berkhidmat di sekolah ini ialah  Ustaz Aziz Bin Sareh yang memulakan khidmatnya  pada 7 Mac 1963.

Pada 5  Januari   1968 bilangan murid bertambah kepada 224 orang dengan 9 orang guru tetap berkelulusan TUOS dan DTC.

Pada awal Jun 1981 SK. Parit Bingan telah dinaikkan taraf dengan mendapat bangunan baru  2 tingkat. Bngunan ini mengandungi  6 buah bilik darjah, perpustakaan, bilik guru, pejabat, dan kantin.

Pada 1 April , En Sabar Bin Rabani mula berkhidmat di sekolah ini menggantikan En. Salleh Bin Arshad selaku guru besaryang bertukar ke SS. Seri Telok pada 15 Januari 1978.  En Sabar Bin Rabani   telah di sekolah ini sehingga  beliau bersara pada  tahun 1994. Beliau telah diganti oleh En. Azeman Bin Esa yang mula berkhidmat pada 16 Mei 1994. Kemudian Tuan Haji Hassan Bin Timin pula menggantikan En. Azeman BIn Esa yang berpindah ke  Sekolah Kebangsaan Bukit Waha, Kota Tinggi sehingga kini.

Tahap pencapaian murid di bidang akedemik  SK. Parit Bingan adalah sederhana. Pencapaian terbaik yang pernah dicapai ialah pada tahun 1989 di mana 6 orang murid telah mendapat 5A di dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Kini ramai anak-anak  kelahiran  SK. Parit Bingan ini telah berjaya menjawat beberapa jawatan penting seperti ahli ekonomi,doktor, pensyarah, guru, dan sebagainya.
 
 
 
  

MENU
UCAPAN
PIAGAM
STAFF
UPSR